semalaman
aku berfikir..
mengapa kenapa dan bagaimana??
adakah siapa dan bilakah???
segala palitan benci dan amarah itu menempel..
di dalam ruang hati yang sempit itu..
sepurnama sudah kita bersama
duduk,berbual,ketawa menangis dan berduka nestapa
cubit peha kanan peha kiri terasa
kau meminta aku memberi tanpa syarat
lantaran hati telah sebati dengan perkongsian
namun cahaya bulan tidak selamanya
umpama bintang di malam hari
terlalu indah namun hanya seketika
bila hadir mengggirangkan hati
hilang lesap mengusarkan jiwa
apa salahku?
apa dosaku?
aku kah puncanya?
akukah dalangnya?
aku ini tidak ma'sum
aku ini hanya insan kerdil
mendamba kasih meminta sayang
dari seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain
aku memberi engkau menerima
mengapa aku meminta tidak engkau menghulurnya?
di kala aku tersepit antara dua dilema
di mana kamu?mengapa hilang?
entah?
tinggal tanda tanya...
andai mulutku langcang berbicara
menusuk jiwa lantas merobek2 hatimu
memanah tepat di dadamu
aku sembah sujud dengan penuh kemaafan
kerana tiada niat sekelumit pun di hati ini
kerana aku tahu kau sahabatku
tak mengapalah..
andai itu hitammu
andai itu pengadilanmu
andai itu keputusanmu
kerana aku hanya insan melukut di tepian gantang
ada tiada tidak memberi kesan
aku hanya musafir lalu kesannya tiada
sahabat
aku pergi
aku melangkah
aku bawa diri dan hati ini
demi kau demi persahabatan kita
demi ketenanganmu
kerana hadirku sekadar melukakan hati kecilmu.
aku sayang kamu
mengapa harus cerita sahabat kita berakhir di sini?
Isnin, 19 April 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

1 ulasan:
phuyoo!! sungguh puitis..buat sendiri ke ni??boleh jadi penulis sajak ni...nice one..hehe ..follow my blog..hehe-->http://aliefcmoi.blogspot.com
Catat Ulasan