Isnin, 19 April 2010

Mahar Hantaran : Adat vs Ibadat

www.iluvislam.com
oleh: tuan mohd rezza
editor: deynarashid

“Jangan nak mengada-ngada, kalau hendak kahwin tunggu dia habis belajar, ada rumah, ada kerja, dan ada kereta. Kalau tak, selagi tu jangan harap mahu kahwin” Meleter si ibu kepada anak daranya yang sudah sampai masa mendirikan rumahtangga..

“Hantaran kena sembilan dulang, RM1000 serba satu. Kenduri buat di hotel lima bintang, siap dengan siaran eksklusif dari tv10” Ayat-ayat yang biasa didengar.

Tergaman dibuatnya.

Masyarakat kita sekarang terbelenggu dengan masalah suka mengubah sesuatu ibadah menjadi adat dan budaya yang mendarah-daging. Kadang-kadang sesuatu yang mudah pada asalnya, tiba-tiba menyulitkan keadaan yang mana melahirkan banyak kesan samping yang membimbangkan.

Isunya yang diutarakan, ibu bapa sanggup menjual anak perempuan semata-mata kerana keadaan sekeliling memaksa bukannya menitikberatkan keperluan syari‘at tersebut. Yang hendak kahwin si anak, banyak pula karenah ‘birokrasi’ daripada ibu bapa.

Hikmahnya ditinggalkan.

Apabila acuan material terbentuk di dalam minda masyarakat, mahar hantaran menjadi tinggi sehingga membawa implikasi buruk kepada teruna dan dara. Si ibu memohon mahar yang tinggi seolah-olah menggali lubang durjana untuk anak gadis mereka dan diri sendiri.

Di Malaysia, mahar (mas kahwin) rasanya tidak susah nak dipenuhi. Tapi hantaran yang boleh buat turun berat badan kerana terpaksa mengikat perut. Daripada pengalaman melihat dan mendengar, kadangkala harga hantaran diletak tinggi dengan sengaja bukan kerana keperluan tetapi sindrom ‘segan’ kepada orang sekeliling.

Bagai terlupa perkahwinan bukan satu hari hanya di hari kenduri sahaja, tapi sampai detik nyawa terpisah daripada jasad, semua ini dipandang remeh. Kehidupan selepas kahwin juga memerlukan akaun kewangan kukuh.

JANGAN ADATKAN IBADAT

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui” an-Nur (24:32)

Bagi wanita yang mempunyai kesedaran dan mampu mempertahankan prinsip ajaran sabda Nabi s.a.w maka perlulah buktikan bahawa mereka mampu melawan adat.

Sayang sekali, kita asyik ulang kalimah melawan arus adat, tetapi jarang kita ambil pegangan mengikut pegangan agama. Mahar yang sedikit bukan merendahkan martabat, malah meninggikan martabat seseorang wanita di sisi agama.

Bayangkan pahala dan jaminan keberkatan yang didapati sehari demi sehari sebaik sahaja terlafaznya akad nikah dan bergelar isteri. Urusan tambahan hadiah dan wang hantaran yang membebankan pihak lelaki yang menyediakan dan juga pihak wanita yang menunggu perlu ditangani.


Kenapa tidak ditukar pemberian hadiah ini setelah berkahwin, satu bulan satu hadiah sebagai pengikat kasih sayang di antara suami isteri. Tidak perlu mahal, asalkan ikhlas dan berterusan. Biar pun kita tidak mempunyai peruntukan untuk menetapkan kadar maksimum mahar, setiap ibu bapa terutamanya ibu harus sedar bahawa mahar itu adalah hadiah suami kepada isteri, dan bukannya harga yang ditebus oleh seorang lelaki bagi mendapat seorang perempuan dari ibu dan bapanya.

Mahar bukan harga jualan.

Jangan adatkan sesuatu ibadah, nanti jenuh untuk lunaskan. Jangan terkejut jika ada ternampak warga ‘terlajak’ umur antara lingkungan 40-45 tahun yang menolak stroller di taman-taman rekreasi, pasar raya kerana menunggu lama simpanan penuh sebelum dapat kahwin.

TERBITNYA MASALAH LAIN

Sebenarnya masalah couple atau maksiat hati, mata dan sebagainya bukanlah masalah pokok, masalah ini terbit dari masalah yang lain.

Apabila budaya kita yang mempersulitkan bangsanya untuk mendirikan masjid, dengan hantaran dan mas kawin yang mahal-mahal, sehinggakan dengan belanja kahwin seseorang itu mampu memiliki sebuat rumah maka tidak hairanlah ramai yang berbondong memilih untuk bercouple dahulu.

Berjuang untuk memudahkan urusan perkahwinan juga merupakan suatu ibadah, secara tidak langsung menutup satu alasan kenapa perlu bercouple.

Umumnya di barat pergaulan bebas dan seks sebelum perkahwinan adalah satu budaya yang lumrah dan bukan lagi rahsia. Malah, sesuatu yang janggal sekiranya seseorang itu masih dara setelah berusia tujuh belas tahun. Mereka lebih suka jika isterinya sudah ada pengalaman seks sebelum berkahwin supaya tidak perlu dia mengajarkannya lagi apabila mereka berkahwin nanti.

Jangan kita lupa, masyarakat di negara kita pun sekarang tidak jauh bezanya. Menghalakan pergaulan bebas, berpelesaran lelaki dan perempuan. Tidak mustahil gejala seks bebas tidak pernah berlaku.

Tugas berat ini terletak di bahu kita sekarang sebagai ad-Da’ie. Mulakan di kampus pengajian kita, tempat kerja untuk mengubah suasan tidak sihat ini. Alhamdulillah, inilah kemuliaan mukmin yang mendamba sakinah, mawaddah dan rahmah melalui ikatan perkahwinan. Mudah-mudahan mahar dan hantaran mahal tidak akan menjadi musibah merbahaya yang akhirnya membawa kepada kehancuran nilai-nilai murni dalam masyarakat seperti di atas.

Moralnya, jangan adatkan sesuatu ibadah.

harapanku artikel ni dapat manfaat bersama..;)

s.a.h.a.b.a.t

semalaman
aku berfikir..
mengapa kenapa dan bagaimana??
adakah siapa dan bilakah???
segala palitan benci dan amarah itu menempel..
di dalam ruang hati yang sempit itu..

sepurnama sudah kita bersama
duduk,berbual,ketawa menangis dan berduka nestapa
cubit peha kanan peha kiri terasa
kau meminta aku memberi tanpa syarat
lantaran hati telah sebati dengan perkongsian

namun cahaya bulan tidak selamanya
umpama bintang di malam hari
terlalu indah namun hanya seketika
bila hadir mengggirangkan hati
hilang lesap mengusarkan jiwa

apa salahku?
apa dosaku?
aku kah puncanya?
akukah dalangnya?
aku ini tidak ma'sum
aku ini hanya insan kerdil
mendamba kasih meminta sayang
dari seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain

aku memberi engkau menerima
mengapa aku meminta tidak engkau menghulurnya?
di kala aku tersepit antara dua dilema
di mana kamu?mengapa hilang?
entah?
tinggal tanda tanya...

andai mulutku langcang berbicara
menusuk jiwa lantas merobek2 hatimu
memanah tepat di dadamu
aku sembah sujud dengan penuh kemaafan
kerana tiada niat sekelumit pun di hati ini
kerana aku tahu kau sahabatku

tak mengapalah..
andai itu hitammu
andai itu pengadilanmu
andai itu keputusanmu
kerana aku hanya insan melukut di tepian gantang
ada tiada tidak memberi kesan
aku hanya musafir lalu kesannya tiada

sahabat
aku pergi
aku melangkah
aku bawa diri dan hati ini
demi kau demi persahabatan kita
demi ketenanganmu
kerana hadirku sekadar melukakan hati kecilmu.
aku sayang kamu
mengapa harus cerita sahabat kita berakhir di sini?

setitik dakwat pena menitik..

salam

telah lama ana meninggalkan laman maya ini lantaran kekangan waktu yang menghimpit..
untuk pengetahuan antum,ana sekarang dalam peperangan imtihan kubra..
di mana telah selesai 3 paper untuk diploma guaman manakala telah selesai 4 paper degree syariah..
insyallah menyusul 4 paper lagi..
ana telah lalui pelbagai2 mehnah dan ujian dalam semester ini..
mnguji kesabaran dan kekentalan hati ana..
namun ana percaya di mana Allah sentiasa menguji hambanya untuk meneguhkan hati hambanya itu..
insyallah..
kepada semua sahabat baik dahulu,kini dan selamanya..
ana menyusun 10 jari memohon kemaafan atas keterlanjuran sikap dan kata2 ana di mana mungkin sedikit sebanyak mengguriskan hati dan perasaan antum semua..
ana adalah manusia biasa tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan tidak lepas dari tidak memuaskan hati semua orang..
percayalah..jauh di sudut hati ini tersimpan perasaan ukhwah dan kasih kepada saudaranya kerana di hati ini hanya adalah kalian yang sama2 bersaudara di atas bumi Allah s.w.t ini..

Selasa, 2 Februari 2010

KenAPA AcHeh????????

salam...

ana baru sahaja menjejakkan kaki di bumi UKM yang tercinta ini dari umah kakak ana...
tapi, banyak urusan ana kena settelkan..kena g bilik PMFPI bayar duit tukaran ke matawang Indonesia kena isi borang jaminan diri la..semalam hari yang memenatkan ana..kuliah dari jam 9pagi sampaila pukul 6 petang non stop..jammed jap otak ana...

tapi itulah lumrah...kehidupan seorang mahasiswi ipta..kalau nak relax2 baik benti belajar dan jadi surirumah sepenuh masa aje...

erm,,malam pulak ana ati dan kiah meminjam kereta roomate kiah untuk g MYdin untuk beli frame letak sijil..ana kena uruskan bahagian cendarahati Prgram Motivasi Jejak Gemilang..di samping itu juga *amik ko guna penanda wacana la pulak* ana dan ati membeli belah sedikit makanan untuk bekalan ana di Indonesia nanti..bukan apa takut jadi apa2,,atleast ada dah makanan dalam beg..tak yah pening2 syubhah ke makanan tu???

lupa nak khabaq* cakap Kedah la pulak* heheheheh...sebelum post ini ada post berkaitan dengan Acheh yang ana postkan...lupa nak gtau yang sebenarnya pada 5-8 Februari ini ana akan ke ACHEH..untuk program penantarabangsaan FPI (Pakulti Pengajian Islam) bawah kelolaan PMFPI...macam tak caya je bukan apa kejap je tau2 nak g luar negara..hahahhaha..biarpun Indonesia aja dong...

ikutkan ana nak je guna pasport ana yang ana ada..bukan apa pasport tu ana buat dalam hujung tahun 2008 sebab ana nak terbang g Mesir Al-Azhar..tapi disebabkan masalah luaran iaitu perjanjian MOU kerajaan Malaysia dan Al-Azhar dibatalkan gara2 agenda politik Malaysia yang secara halusnya nak menyekat para pelajar untuk belajar di AL-AZHAR..dakwanya kononnya bahawa anak-anak yang eprgi ke Al-Azhar banyak yang mengaggur dan balik2 jadi barisan pembangkang..kolotnya pemikiran yang cetek tu..kita pergi niat untuk belajar dan menimba pemgalaman di institusi yang tertua di dunia dan mengumpulkan banyak tokoh2 ilmuan Islam yang hebat2 tapi dok putar belit ke sudut lain pulak....kalau nak membebel sal ni je mmg panjang dan sakit ati dibuatnya...berbalik semula ke topik ana untuk ke Acheh ana kena buat group pasport..jadi sayangnya pasport ana jawabnya tersepuk aje la dalam almari...

ana teruja jugak nak g Acheh lagi2 ana nak lihat kesan kejadian Tsunnami..dan melihat keajaiban yang Allah pelihara rumah2nya daripada musnah dalam bencana alam yang menyayat hati..nauzubillah...

apa2pun kalian doakan ana selamat pergi dan kembali..insyallah..kalo ada apa2 nak tempah silalah sms...huhuhuhu...macam nak berdagang lak,,huahhuu

salam.ana undur diri dulu...

Isnin, 1 Februari 2010

~ACheH~



Aceh

Sejak zaman dahulu, Aceh telah menarik banyak perhatian dunia. Hal ini tidak terlepas dari posisi Aceh yang begitu strategis, yaitu sebagai jalur lalu lintas yang menghubungkan dua samudera. Disaat aceh dilanda gempa dan tsunami, daerah ini juga telah menarik banyak perhatian dunia. Aceh menjadi daerah “terbuka” (sebelumnya menjadi daerah tertutup karena status militer) bagi orang luar, khususnya orang asing. Kedahsyatan musibah itu sangat menarik perhatian dan mendorong masyarakat untuk keinginan besar memberi bantuan kepada para korban.

Salah satu pengaruh dari posisi yang begitu strategis dari keberadaan Aceh adalah daerah ini merupakan daerah yang pertama menerima pengaruh ajaran agama islam. Aceh merupakan pusat islam di nusantara. Dari sinilah islam menyebar keseluruh nusantara. Isam telah menyatu ke dalam kehidupan sosial budaya masyarakatnya. Aceh identik dengan islam. Untuk itu, bagi mereka yang ke Aceh harus mengerti segi-segi sosial budayanya. Pengetahuan tentang masalah ini sangat mendukung mereka untuk memasuki wilayah kehidupan masyarakat Aceh.

Letak Kota Banda Aceh

Banda Aceh merupakan sebuah kota yang mempunyai letak strategis di belahan Nusantara ini. Kota ini terletak di ujung barat Pulau Sumatra. Pada kawasan pantai merupakan jalur laut pelayaran internasional karena di situlah terletak Selat Malaka. Banda Aceh dapat dituju baik dari Jakarta maupun Singapura atau Kuala Lumpur. Dari Singapura/Kuala Lumpur hanya membutuhkan waktu 1 jam penerbangan langsung dari Singapura/Kuala Lumpur ke Banda Aceh. Sedangkan dengan kapal cepat dari Singapura/Kuala Lumpur ke Banda Aceh ditempuh dengan waktu 12 jam. Jalur lain dapat dilalui melalui Medan atau Jakarta dengan waktu tempuh yang lebih lama. Oleh karena itu, Banda Aceh pada dasarnya sangat dekat dengan kota internasional seperti Singapura ataupun Kuala Lumpur.

Kehidupan Sosial Budaya

Pada masa Sultan Iskandar Muda memerintah Kerajaan Aceh, daerah kekuasaannya sampai ke Sumatera Timur, bahkan ke Siak dan sebagian Sumatera Tengah. Dengan demikian, terjadilah percampuran suku bangsa, misalnya perpindahan orang Minang dari Sumatera Barat ke Aceh menghasilkan percampuran dan membentuk satu kebudayaan baru yang kita kenal dengan aneuk jamee. Begitu pula migrasi penduduk Sumatera Timur yang bercampur dengan penduduk Aceh dan melahirkan kebudayaan Tamiang di Aceh Timur. Penduduk Aceh pada umumnya merupakan percampuran dari bangsa-bangsa lain di luar nusantara seperti dari Arab, Persi, Cina, India, dan Portugis. Bahkan kata ACEH ada yang mengartikan sebagai asal suku bangsa yaitu Arab, Cina, Eropa dan Hindia.

Adat istiadat yang berkembang dan menjadi norma-norma kehidupan berakardari agama Islam yang telah berkembang sejak abad ke-13. Ajaran Islam mengakar kuat di dalam hati sanubari dan jejak langkah kehidupan masyarakat. Bagi orang Aceh, ajaran agama merupakan tolok ukurdan barometer atas segala sikap, tindak-tanduk, perbuatan, dan penampilan mereka dalam pergaulan sesamanya. Sikap dan pandangannya dan segala macam bentuk benar-salah, bagus-jelek, baik-buruk dan segala macam bentuk penilaian selalu dikaitkan dengan ajaran agama Islam.

Masyarakat Aceh benar-benar menghayati ajaran agama Islam dalam kehidupannya. Penghayatan yang begitu besar dan mendalam terhadap ajaran agama Islam diwujudkan dalam bentuk akulturasi antara adat dan ajaran agama. Hal ini berarti seseorang yang telah berperilaku dan bersikap sesuai dengan yang dituntut atau digariskan dengan adat, ia telah berperilaku dan bersikap sesuai dengan ajaran agama atau sekurang-kurangnya tidak keluar dari bingkai agama yang mereka anut.

Misalnya, dalam kesenian tradisional, Aceh mempunyai identitas yang religius, komunal, demokratis dan heroik. Dalam pergaulan sudah menjadi kebiasaan apabila dua orang bertemu mereka saling menyapa dengan mengucapkan 'assalamualaikum' dengan jawaban 'wa'alaikumsalam'. Orang pertama memberikan salam kepada orang lain dan biasanya diikuti dengan saling berjabat tangan. Salam ini juga digunakan pada forum-forum yang formal.

Adat istiadat yang telah berakar pada kehidupan masyarakat tetap berjalan, misalnya pada upacara adat perkawinan yang masih tetap dijalankan dalam masyarakat termasuk juga upacara daur hidup lainnya. Di Kota Banda Aceh sentuhan Islam juga dapat dilihat pada jalan protokol terdapat papan nama yang bertuliskan kata-kata yang dikutip dari ayat-ayat suci Al Qur-an dalam membimbing pengguna jalan raya juga papan nama kantor instansi pemerintah maupun swasta menggunakan huruf Arab.

Fasilitas-fasilitas Akomodasi, Transformasi, Informasi

Kota Banda Aceh telah didukung oleh komponen berbagai fasilitas, sepeti sarana dan prasarana transportasi, fasilitas akomodasi yang merupakan tempat tinggal sementara di tempat atau daerah yang dikunjungi, fasilitas rumah makan, objek dan atraksi wisata yang ada di daerah tujuan, fasilitas perbelanjaan untuk membeli barang-barang souvenir, dan tempat untuk membeli dan mencetak film hasil pemotretan.

Hotel

Bagi mereka yang datang ke Banda Aceh dan sementara tinggal di kota ini selama berkunjung, telah tersedia hotel dan losmen. Hotel-hotel yang ada di kota ini ada yang telah berstatus sebagai hotel berbintang satu hingga berbintang tiga. Bagi mereka yang tidak ingin tinggal di hotel, di Banda Aceh tersedia pula losmen, dengan harga yang amat terjangkau. Hotel dan losmen ini berada di kawasan-kawasan perdagangan, seperti sekitar Pasar Aceh dan Mesjid Raya Baiturrahman (Hotel Kuala Tripa', Hotel Lading, Paviliun Seulawah3), Pasar Peunayong atau Rek (Hotel Wisata, Hotel Medan, Hotel Sultan, Hotel Cakra Donya, Losmen Aceh Barat), sekitar Terminal Setuy (Hotel Rasamala Indah). Dengan demikian, bagi mereka yang ingin merasakan dan menikmati kota Banda Aceh dengan segala fasilitas restoran, hiburan dapat dengan mudah dijangkau. Misalnya, anda menginap Paviliun Seulawah, maka anda akan dapat merasakan shalat shubuh di Mesjid Raya Baiturraham di pagi hari yang indah. Kemudian, setelah shalat anda dapat terus menuju ke warung atau rumah makan yang ada di sekitar Mesjid Raya Baiturrahman atau Pasar Aceh"' untuk menikmati makan pagi dengan nasi gurih dan minum kopi yang hangat. Pada siang hari Anda dapat menikmati gule kambing di warung yang berada di kawasan sekitar jl. Teungku Chik Di Tiro, simpangjambo Tape.

Pada malam hari Anda dapat menikmati suasana malam dengan makan malam di sekitar Taman Sari depan Hotel Kuala Tripa/Kantor Balaikota Banda Aceh) atau rek. Di kedua tempat ini banyak tersedia warung-warung yang terpadu dalam suatu tempat, misalnya di tempat itu tersedia makan-minum seperti mie, sate, martabak, soto, masakan Minang, dan sebagainya. Sesuai dengan pelaksanaan syariat Islam di Nanggroe Aceh Darussalam, para tamu hotel/losmen dilarang membawa pasangan yang bukan suami/istri dan melakukan perbuatan tidak senonoh lainnya. Bagi mereka yang membawa suami/istri harus ada surat nikah.

Restoran

Pada umumnya rumah makan yang besar di Kota Banda Aceh menyajikan masakan khas Aceh dengan cara menghidangkan semua jenis makanan dalam satu hidangan misalnya di Rumah Makan Aceh Spesifik, Asia Utama, Jenaar, dan lainnya. Bahkan, banyak pula hotel atau penginapan yang melengkapinya dengan restoran seperti Hotel Sultan, dan lain sebagainya.

Selain restoran, di Kota Banda Aceh banyak terdapat pula warung/kedai kopi dan warung makan. Malahan, ada kebiasaan pada masyarakat Kota Banda Aceh dan Aceh umumnya untuk minum kopi di warung-warung kopi yang ada di sekitar tempat tinggalnya atau di pasar-pasar. Selain minum kopi, warga masyarakat ini juga menggunakan kesempatan minum kopi sebagai ajang tempat ngobrol, deal bisnis, dan sebagainya.

Di Banda Aceh terdapat beberapa warung kopi yang cukup terkenal dan banyak dikunjungi orang, seperti warung kopi Abu Solong di kawasan Ulee Kareng dan warung kopi di kawasan shopping center Beurawe. Adapun makanan yang menjadi ciri khas pada masyarakat Kota Banda Aceh dan Aceh Umumnya adalah mie, martabak, dan gule kambing.

Toko Cendera Mata

Toko cendera mata yang ada di Kota Banda Aceh ini cukup beragam dengan menyediakan souvenir khas Aceh seperti rencong, tas/dompet, peci dengan bordir Aceh serta berbagai perhiasan rumah tangga yang bersulamkan benang emas dan bordir kerawang Gayo. Adapun jumlah pedagang souvenir yang berpusatkan di Pasar Aceh ada 177 buah. Anda dapat mendapatkan harga souvenir dengan berbagai pilihan, misalnya bordir dengan kualitas biasa hingga yang halus, rencong dengan hiasan kuningan sampai yang berhiaskan emas, atau pun berbagai kerajinan tangan lainnya dapat dipilih sesuai dengan selera dan kemampuan.

Pusat Telekomunikasi, Informasi

Seperti kota-kota lain di Indonesia, di Kota Banda Aceh juga sudah tersedia layanan komunikasi Telepon Lokal, SLJJ, SLI dan Faxmile oleh Telkom dan Opeator seluler lainnya. Sedangkan bagi yang menginginkan fasilitas pelayanan internet, tersedia warung internet yang banyak terdapat di kota Banda Aceh, seperti di Jalan Perdagangan, Jl. T. Nyak Arif, kawasan Kopelma Darussalam, Jl. Teuku Panglima Polem, Jl. H. Teungku M. Daud Beureueh. Bagi mereka yang ingin melakukan kegiatan surat-menyurat di kota ini tersedia kantor pos yang berada di Jl. H. Dimurtala dan jasa kurir, seperti TIKI, Pandu Siwi Sentosa, Intrasco, yang berada di sekitar kawasan Mesjid Raya Baiturrahman (Jalan Diponegoro).

Pelayanan informasi mengenai kepariwisataan dapat diperoleh di kantor Dinas Pariwisata Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam yang terletak di Jalan Jl. Tgk. Chik Kuta Karang No.03 Telp. (0651) 23692 Faks. (0651) 33723.

Berwisata di Aceh Melalui Heritage Trails



Tempat-tempat menarik di Kota banda Aceh umumnya berupa peninggalan sejarah mulai dari Zaman kerajaan/kesultaan dan peninggalan Belanda. Tempat-tempat menarik ini dibagi kedalam empat Trail atau jalur yang disebut dengan Heritage Trails diantaranya adalah Trail Kota Lama, Trail Krueng Aceh, Trail Lini Konsentrasi, dan Trail Aceh Lee Sagoe.

Trail Kota Lama

Trail Kota Lama meliputi kawasan Banda Aceh (kuta raja) pada masa kerajaan kesultanan. Sebagian lainyya adalah tempat-tempat bersejarah pada masa penjajahan. Trail Kota Lama melewati 37 tempat antara lain :

1. Asrama TNI Neusu (F-6), Bangunan zaman Belanda yang tidak tembus peluru.

2. Bank Indonesia (D-6), Gedung Da Javasche Bank di masa Gubernur Jenderal Belanda H.N. A. Swart.

3. Bioskop Garuda (E-5), Tempat Presiden Soekarno berpidato pada tahun 1948.

4. Blang Padang (E-5), Kawasan medan perang pada masa perang kolonial.

5. Bustanussalatin (Taman Raja-raja) (F-6), Dibangun pada masa pemerintahan Iskandar Muda.

6. CPM (E-6), Pernah menjadi benteng pertahanan Panglima Polem.

7. Gedung Baperis(F-6), Tempat bermusyawarah para pejuang Aceh (Gedung Pejuang).

8. Gedung Laka(E-5), Dirancang oleh Van Dijk( 1922) sebagai Asrama Putri Nasional.

9. Gedung Sentral Telepon Militer (F-6), Pusatsentral telepon militer, pada zaman Belanda & Jepang

10. Gunongan (F-6), Dibangun Sultan Iskandar Muda untuk Putri Pahang.

11. Hotel Aceh (E-6), Tempat Presiden Soekarno meminta bantuan pada rakyat Aceh.

12. Keraton (F-6), Komplek kerajaan Sultan Iskandar Muda.

Kerkhof-Peucut Gedung Sentra Telepon Militer Gunongan

13. Kerkhof (F-5), Kuburan massal Belanda pada masa peperangan.

14. Krueng Daroy (F-5), Sungai ini terletak di tengah Taman Bustanussalatin.

15. Lonceng Cakra Donya (F-6), Hadiah Kerajaan Cina dibawa Laksamana Ceng Ho (1414 M).

16. Makam TGK. 17 HAH (D-2), Monumen berupa Makam salah satu ulama Aceh di Deyah Glumpang.

17. Makam Kan Dang XII (F-6), Kompleks makam Sultan Aceh berjumlah 12 makam.

18. Makam Kandang Meuh (F-6), Kompleks makam beberapa Sultan dan Ulama Kerajaan Aceh.

19. Makam Poteu Jeumaloy (E-6), Makam Sultan Aceh berketurunan Arab (1699-Abad 17 M)

20. Makam Raja-raja Bugis Abad XVIII (F-6), Komplek makam raja dan ulama dari Bugis Sulawesi Selatan.

21. Makam Raja Jaul(H-S), Panglima Besar Johor, kakekdari Sultan Iskandar Muda.

22. Makam Raja Reubah(H-5), Pendatang dari melayu, memerintah sebagian Aceh Abad XVII.


Monumen Pesawat Seulawah Mesjid Raya Baiturrahman Cakra Donya

23. Makam Saidil Mukamil (E-5), Makam Sultan Aceh 1589 M, kakek Sultan Iskandar Muda.

24. Makam Sultan Iskandar Muda (F-6), Makam Sultan Aceh yang memerintah 1607-1636 M.

25. Makan Sultan Iskandar Tsani(F-6)

26. Masjid Raya BAiturrahman (E-6), Masjid yang dirancang oleh arsitek Belanda De Bruijns

27. Monumen Pesawat Seulawah (F-5), Monumen pesawat sumbangan rakyat Aceh untuk perjuangan

28. Museum Aceh(F-6), Berisi benda-benda pusaka milik para pembesar Aceh.

29. Pasar Aceh (E-6), Pasar tradisional di tengah kota Banda Aceh.

30. Pintu Khop (F-6), Gerbang penghubung antara Taman Ghairah dengan Keraton.

31. PLTD Apung (E-3), Kapal pembangkit listrik yang terhempas ke daratan saat tsunami.

32. Rumah Sakit Kesdam (E-7), Rumah Sakit pada masa kolonial Belanda dan bangunan air.

33. SMAI Banda Aceh (E-5), Pernah menjadi tempat berkumpulnya orang-orang Teosofi

Tower Air Belanda PLTD Apung Kapal Tsunami Lampulo

34. Stasiun Kereta Api (E-6), Stasiun pertama di Kota Banda Aceh, dibangun oleh Belanda.

35. Taman Sari (F-6), Termasuk dalam kawasan Busatnussalatin (Taman Raja-raja)

36. Tower Air Belanda Taman Sari (E-6), Menara penampungan air di zaman Belanda

37. Makam TGK. Di Bitay (F-2), Makam panglima tentara, dan keturunan Kerajaan Ottoman Turki.

Trail Krueng Aceh

Sejak awal kerajaan Aceh, Krueng aceh merupaka highway pembentuk kota Banda Aceh. Desepanjang sunagi itulah bangunan-bangunan lama sejak zaman kesultanan berdiri, juga tanam-tanaman seperti Bustanussalatin, Pinto khop, Gunongan, dan Syiah kuala. Kerajaan pertama Aceh yag didirikan tahun 1205 oleh Sultan Johansyah juga berada di muara Krueng Aceh, yaitu Gampong Pande. Kawasan sepanjang Krueng Aceh merupakan daerah kosmopolitan.

Trail Kota Lama terdiri dari 23 tempat, diantaranya:

1. Abattoir (D-6) A, walnya merupakan rumah ibadah (Kuil) dan Kaum Syikh.

2. Gam Pong Pande (B-6), Tempat awal mula berdirinya Kerajaan Aceh Daiussalam.

3. Hotel Medan (E-6), Fasilitas umum yang selamat dari gelombang tsunami .

4. Kapal Tsunami Lampulo (C-7), Kapal nelayan yang terhempas menimpa rumah saat tsunami .

5. Kelenteng Cina (E-6), Rumah peribadatan kaum pendatang etnis Cina .

6. Kuburan Massal Ulee Lheule (E-2), Tempat pemakaman korban tsunami 26 Desember 2004.

7. Kuil Hindu (D-6), Tempat umat Hindu beribadat sejak zaman dulu .

8. Kuta Bak Mee (B-6), Benteng pertahanan melawan Belanda pada tahun 1873.

9. Kuta Bugeh (B-6), Benteng pertahanan melawan Belanda pada tahun 1873.

10. Kuta Meugat (C-4), Benteng pertahanan melawan Belanda pada tahun 1873.

11. Museum Tsunami NAD, Dibangun sebagai monumen untuk mengenang tsunami 24 Desember 21

12. Masjid TGK Di Anjong (D-6), Didirikan ulama pendatang dari Timur Tengah abad XVIII.

13. Masjid Ulee Lheue (D-l), Masjid yang dibangun sejak zaman Belanda tahun 1922.

14. Monumen Belanda Di Pelanggahan (10 SOLDIERS) (D-6), Tugu sejarah terbunuhnya 10 perwira belanda (6 Januari 1874)

15. Pante Cereumen (D-2), Tempat pendaratan Agresi I pasukan Belanda tahun 1873.

16. Peunayong (D-6), Kampung pendatang etnis Cina di pinggiran Krueng Aceh.

17. Pulau Gajah (E-6), Tempat tinggal 900 ekor gajah milik Sultan Iskandar Muda.

18. Rumah Snouck Hurgronje (D-6), Rumah pakar sosial budaya peneliti Aceh dan Belanda.

19. Rumah T. Nyak Arief (D-12), Rumah peninggatan mantan Gubernur dan ulama Aceh.

20. STM (D-6), Awalnya Rumah Sakit yang dibangun oleh Belanda.

21. Makam Syiah Kuala (A-7), Makam seorang ulama besar pada masa Kesultanan Aceh.

22. Tugu Belanda (C-7), Kuburan massal tentara Belanda pada agresi pertama.

23. Uleepata (G-l), Tempat dipenggalnya leher ulama Hamzah Fansuri.

Trail Lini Konsentrasi


Trail Lini Konsentrasi merupakan kawasan yang berupa jalur patroli Belanda pada masa penjajahan yang menghubungkan Bivak-Bivak. Mengintari Kutaraja dimulai dari Pante Ceureum dekat Ulee Lheue, Melalui Lambaro Kaphee hingga ke Kota Po di Amat (Pohama) di pantai utara Kutaraja. Trail Lini Konsentrasi terdiri dari 17 tempat antara lain:

1. Barak Bakoi (d-5), Salah satu barak pengungsian korban tsunami.

2. Cot Iri (d-5), Titik rute pengamanan patroli Belanda (Lini Konsentrasi).

3. Keutapang Duo (e-3), Titik rute pengamanan patroli Belanda (Lini Konsentrasi).

4. Lampadang (e-3), Komplek pemakaman keluarga dekat Cut Nyak Dien.

5. Krueng Cut (d-4), Pernah menjadi pasar Krueng Cut.

6. Kub. Massal Lambaro (e-3), Tempat pemakaman korban tsunami 26 Desember 2004.

7. Kuto Po Di Amat (d-4), Lokasi perang dengan Belanda pada masa perjuangan, dibangun sejak sebelum masa Sultan Iskandar Muda.

8. Lambaro (e-4), Titik rute pengamanan patroli Belanda (Lini Konsentrasi).

9. Lamnyong (d-4), Titik rute pengamanan patroli Belanda (Lini Konsentrasi).

10. Lampeuneurut (e-3), Titik rute pengamanan patroli Belanda (Lini Konsentrasi).

11. Lampeureumeu (d-4), Titik rute pengamanan patroli Belanda (Lini Konsentrasi).

12. Lamreueng (e-4), Titik rute pengamanan patroli Belanda (Lini Konsentrasi).

13. Lamsayun (e-4), Titik rute pengamanan patroli Belanda (Lini Konsentrasi).

14. Makam Panglima Teuku Nyak Makam (d-5), Makam pejuang Aceh yang dimakamkan tanpa kepala.

15. Rumpit (d-5), Titik rute pengamanan patroli Belanda (Lini Konsentrasi).

16. Siron (e-4), titik rute pengamanan patroli Belanda (Lini Konsentrasi).

17. Ulee Kareng (d-4), titik rute pengamanan patroli Belanda (Lini Konsentrasi).

Trail Aceh Lee Sagoe

Trail Lee Sagoe Merupakan Kawasan yang menghubungkan tiga buah Indra peninggalan Zaman Hindu-Budha di Aceh, yaitu Indrapurwa, Indrapatra, dan Indrapuri. Trail Aceh Lee Sagoe melalui beberapa tempat diantaranya:

1. Alaiikrar Lamteh (d-3), Tempat kesepakatan perdamaian antara pihak DI dan Pemerintah Indonesia tahun 1957.

2. Benteng Aneu' Galong (e-5), Tempat terjadinya pertempuran dahsyat antara pahlawan Aceh dengan Belanda, merupakan markas Panglima Pole.

3. Benteng Iskandar Muda (d-6), Benteng Sultan Iskandar Muda saat melawan Belanda.

4. Benteng Indrapatra (c-6), Peninggalan Kerajaan Hindu yang dibangun oleh putra Raja Harsya sekitar tahun 604 M.

5. Benteng Inoy Balee (d-7), Benteng yang digunakan untuk menjaga perairan Selat Malaka.

6. Benteng Kuta Lubuk (d-7), Benteng Sultan Iskandar Muda saat melawan Portugis yang datang dari Selat Malaka.

7. Dayah Keunaloy (g-8), Salah satu pusat pendidikan agama Islam yang berdiri pada tahun 1926.

8. Dayah Tanoh Abee (g-7), Salah satu dayah terkenal di Aceh, banyak menyimpan kitab-kitab dan manuskrip Islam.

9. Indra Purwa (d-2), Salah satu batas dari wilayah Kerajaan Aceh Lhee Sagoe.

10. Kuta Kaphe (A-9), Benteng pertahanan Jepang saat melawan belanda tahun 1942.

11. Lapangan Terbang Maimun Saleh (e-3), Merupakan lapangan terbang tertua di Aceh.

12. Makam Maharaja Lela (e-5) Makam keturunan bangsawan bugis yag dijadikan Ulee-Balang Aceh.

13. Makam Malahayati (d-6), Makam pejuang wanita Aceh, panglima angkatan laut saat melawan Portugis.

14. Makam Panglima Polem (g-6), Makam salah satu pahlawan Aceh dan Nasional.

15. Makam Teungku Chik Di Tiro (f-7), Makam salah satu pahlawan Aceh dan Nasional.

16. Makam T. Nyak Arief (e-4), Makam salah satu tokoh besar sekaligus mantan Gubernur Aceh.

17. Mesjid IndraPuri (f-6), Pusat kegiatan Kerajaan Aceh Darussalam setelah Belanda merebut Bandar Aceh Darussalam pada tahun 1874.

18. Mesjid Indrapurwa (d-3), Awalnya merupakan sebuah pura Kerajaan Hindu, dirubah menjadi mesjid ketika masuknya Islam.

19. Mesjid Rahmatullah Lampuuk (e-2),Mesjid ini merupakan bangunan yang bertahan dari gelombang tsunami pada Desember 2004 di daerah pesisir pantai Lampu'uk.

20. Rumah Cut Nyak Dien (e-3), Rumah seorang Srikandi (Pejuang Wanita) Aceh.

21. Rumah Kontrolir (g-7), Rumah Kontrolir Belanda yang tewas oleh pejuang Aceh pada tahun 1942.

22. Tugu Jepang (f-7), Tugu penghargaan untuk pejuang Aceh, dibangun oleh Jepang.

23. Tugu Pendaratan Jepang (c-5), Tugu ini dibangun sebagai monumen pendaratan Jepang pertama kali di Aceh.

~PENGErtiAn CinTA~


CINTA~Ana ALtafunnisa


Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.

Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.

Namun tanpa lidah,

CINTA ternyata lebih terang

Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya

Kata kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada CINTA

Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya

Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur

CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan



CiNTA~Ayatul HusNa


CINTA adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA !!!

~LenGuh PehaKU~

salam

agak lama jgak ana tidakmengetuk jemari ana ini untuk membuat entry baru..almaklumla ana sibuk sangat..ana merupakan panggilan baru untuk kata ganti diri kedua untuk aku dan diri ini sebelum ni..nak berubah la..insyallah..

untuk pengetahuan semua, ana sekarang selaluulang alik dari UKM ke Kajang Prima iaitu umah kakak ana..kakak??knapa kakak??ana ada kakak ker??sebenarnya ana memang tak da kakak kandung..tapi hakikatnya ana ada kakak tiri..iaitu anak kepada mak ana sebelum berkahwin dengan abah ana..hhuuu..

dipendekkan cerita ana berulang-alik kenapa??sebab ana jaga baby gurl..Wardina Fakira..cantikkan nama tu??huhuuu..kuat sangat menangis..huhuuhu..

ana pun lama dah tak nah ada adik kecik perempuan sume laki je..huhuuu..sesekali nak jugak pakaikan dia skirt ke gaun ke mesti comellllllllll..

berangan dah nie..tgula ana kawen nanti anak ana ana hiaskan dia cantik2 masa kecik2..cutenyer..huhuu..

ketika ana menaip post ini..ana sedang meriba Wardina Fakira..lenguh peha den..huhuauuu..

ok ana nak study undang2 kontrak dan maharat lak..padahal ana tak sentuh langsung buku2 ni walaupun esok ada kuiz..matilah ana...

salam..