Jumaat, 15 Januari 2010

jaga baby gurl

salam

agak lama jugak tangan2 ku ini eh..salah lak jari jemariku ini tidak mengetuk keyboard ni untuk jadi post dlm blog ni..aku kebelakangan ni amat2la busy..tahla mungkin jadual aku terganggu sbb minggu ni aku ulang alik dari UKM ke Kajang Prima iaitu umah akak aku(akak tiriku) sbb tolong jaga dia,umah dia,anak dia bby gurl~wardina fakira~..huhhuhhuu...

penat memang penat..mana tak penat g kuliah lagi ulang alik ke sana amat letih...kemas umah lagi kerja2 umah lagi..macam mana la nak kawen ni??lagi2 kalo kawen masa blaja????
~aku terima nikahnya~aceh...kononla tu nak jadi isteri..eh..melalut lak...

pas abes kuliah diploma guaman ni aku balik smula ke umah akak aku..penat>>>>>

tapi takpalah bila lagi nak tolong kakak...lagipun macam tak biasa lak jadi surirumah...kat umah tu sumer aku settelkan..huhuhuu

ok...jumpa lagi...

Rabu, 6 Januari 2010

setiTis keNangan di awal semester

salam

agak lama juga tangan ini tidak mengetuk huruf2 laptop ni untuk dijadikan post..bukan apa..bila dah mula semester baru maka macam2 la kena diuruskan...macam2..kelas tutorial..buku2 yang kn beli,photostat, belum lagi dengan pendaftaran kursus yang kn berebut dalam taliam Smp web UKM untuk daftar kursus terutama subjek2 wajib universiti U2,U3...

lupakanlah...alhamdulillah segalanya udah beres buk...(mentang2 roomate indonesia) kok bisa ngomong indon..huuhuhu..testing2x..

semester ini agak ringan berbanding dengan sem yang lepas..nak terbalik aku dibuatnya bila ada 10 paper yang kn tempuh dalam final exam.. lom lagi ditambah dengan 3 subjek untuk diploma pentadbiran kehakiman dan guaman islam detiap hari sabtu.kadang2 bila renung2 kan macam aku ni tak da life lak...isnin-jumaat pack dengan kuliah...sabtu pepagi sampai petang ada kelas diploma...asgmnt tak payahla cakap campur2kan degree dan diploma macam nak "mati "lak
(tapi nauzubillah astagfirullah)tak mau mati lagi..banyak lagi dosa tak mintak taubat nak dibandingkan dengan pahala yang banyak mana pun)...

tapi..itulah aku...itulah LIYANA BINTI SIHAR yang ditakdirkan begini dan aku juga memilih untuk jadi begini..manakan dapat sagu kalau tak dipecahkan ruyungnya..
erm..untuk ilmu aku korbankan segala2nya.nak harapkan ptptn yang banyak tu jer mana cukup untuk bayar yuran degree dan diploma..tu tak tambah lagi yuran buku yang mahal..buku undang2 amatla mahal..kadang2 aku fikir knapa kita tak jadi macam negara Australia???
segalanya diberikanbantuan kepada rakyat..dari sekolah, makanan dan buku2...ambil cukai daripada orang2 kaya hen agih2kan kepada yang tak mampu.??

nasib abah dan mak amat memahami..aku bersyukur sebab abah dan mak walaupun tak berpelajaran tinggi dan bukanlah pegawai atau orang atasan yang banyak duit..abah ku hanya seorang pemandu.namun abah tak nah hampakan bila aku nak beli buku nak bayar tu ni..sebab abah ada cakap zaman dia dulu dia terpaksa benti sekolah sampai SRP jer sbb miskin tak mampu..ayah aku mmg cekap dalam congak..laju betul dia mencongak kan masalah matematik ni.. jadi abah aku tak mau apa yang jadi kat dia berulang jadi pada anak2 dia..

aku yang sulung jadi banyak tanggungjawab yang aku galas..aku juga yang kn jadi contoh dan kn tunjuk tauladan..aku juga kna berbakti pada keluarga aku...insyallah(bergenang air mata aku bila bercakap tentang isu ini)..aku memang sensitif tentang keluarga...

jauh aku melencong...tujuan aku sebenarnya adalah nak coretkan sedikit peristiwa masa mula sem aritu...

first:

1- g plaza low yatt

knapa??sebab aku jai dan ati buat rombongan ke low yatt..sebelum tu kitrg g masjid jamek dan sogo..aku nak g pustaka mukmin untk beli buku akta keluarga islam wp dan buku harta amanah orang islam untuk diploma aku...
palnnya nak g tgok AVATAR la...tapi mana la sempat dah g berjalan SOGO..MASJID JAMEK lagi makan KFC lagi..erm nak p Low Yatt lagi cari dan survey laptop..
laptop kiah rosak..mother board dia rosak..logik akalnya kalo kita tukar mother board dia tak lama jadi baikla kita beli baru..gerun lak aku dengar,,,laptop aku dah pun berusia 4thun takut jugak kalo2 rosak..mana nak cekau duit..dahla ptptn pun dah abes..bayar yuran..erm..alhamdulillah laptop aku masih"waras" lagi..janganlah wat hal..kesianlah kat akak yang tak berduit ni..


melalut lagi aku ni...pendekkan cerita..kitrg ada kat low yatt tu smpai kul 10 malam..terhegeh2 nak amik komuter lagi,,kaki mmg lenguh sangat2 sakit2..aduhhhhhhh...
tapi tak palah tolong2 kawan..kn la bersusah payah..masa susah kn tolong t masa kita susah kita nak mintak tolong kat spa jugak kan??kalo bukan kawan2 kita??



nak jadikan cerita bila kaki kami amat lenguh macam nak patah aku dengan selamba je duduk bersila kat tepi cermin kedai PC tu.kawan2 aku pun join..hahhahah...aku dengan berbaju kurung dan bertudung besar ni selamba jer duduk..perut lak terasa lapar..jadi aku pun makan kat stu roti yang dibeli di SOGO tadi..siap minum Yakult lagi tuh..orang lalu pun tgok jer tapi apa nak buat dah lenguh kaki kak ni...kang patah sapa nak tanggung..huuhhuhu..akupun duduk jer..





akhirnya kami pun tiba di UKM dekat kul 12 tgh malam jugak..aku kepenatan terus terlelap memandangkan hanya aku jer yang amik diploma...sabtu keesokan harinya ada kelas..ati,jai dan kiah tak amik kelas tu..wuawuauawauu,,

oklah tu la sedikit sebanyak tentang perkara yang aku dan rakan2 telah lalui pendek kata"sabar je la jang"huuhuhuhuh..ada masa aku akan sambung perkara ke2..insyallah...

salam takzim ketemu lagi ya pak buk..huuhhhuh....buat kiah,,jagalah laptop mu molek2...huhhu

Sabtu, 2 Januari 2010

pEristiwa MALANG satu HAri di new year..

~mmg betul kata orang.."kalo benda tu bukan rezeki kita,maka tak kan kita dapat semula benda tu walaupun ssayang mana kita kat benda tu"...

aku nah merasai pengalaman ni dulu dalam 5tahun dulu..dengan pemergian arwah FEIZAL yang paling menyentap hati dan perasaan aku..tapi tak perlu ditulis di sini kerana kesedihan itu telah aku rawati walaupun masih ada lagi kesan parut yang berbekas di hati ini..mana tak berbekas kalo insan PALING KITA SAYANG ..."TINGGALKAN KITA"...tapi mujur ISLAM tu mendidik umatnya agar memahami dan menyelami maksud "REDHA dan MENERIMA DENGAN HATI TERBUKA...

memang senang kita ungkapkan lafaz"SABAR" tapi mampukah kita BERSABAR???
~Tepuk dada tanya iman kita~

berbalk pada kes induk (aceh2x macam dalam kuliah bacaan kes lak) sebenarnya 1 JANUARI 2010 bersamaan hari JUMAAT masih lagi memalitkan kenangan pahit dan pedih dalam kotak hati aku..mmg aku tak menangis..mmg aku tak meraung..tapi dalam hati???

sapalah tahu...DI HATI INI HANYA TUHAN YANG TAHU~sebaris lagu UNIC...
yang amat terkena di mukaku...

al-kisahnya begini....pada satu hari di tahun baru..aku, kiah, jai,dan ati pergilah melepak kat mid valley...so kat san kitarg bergambarla kat pokok krismas,kat pondok dia..locengla..macam2 lokasi kitrg g..amat la best sementara sebelum tu kitrg g tgok AVATAR...

walaupun aku dah 2x tengok cter tu namun atas pujukan depa aku ikut jugakla..2x pun 2x la...walaupn dah tau jalan cter AVATAR tu...

then kitrg jalan2 shopping...macam2 la tempat kitaorg masuk termasukla JUSCO..masa dalam JUSCO masih lagi amik gambar kat patung2..nak dipendekkan cerita..mak aku tepon..aku pun letakkan sume yang ada kat tangan aku kat rak patung2...camera pun ada stu..
ditakdirkan ALLAH "KUN FA YA KUN" tanpa disedari aku dah pun tertinggal kamera digital NIKON L11 AKU...

PALING MALANG AKU LANGSUNG TAK MENYEDARINYA.....hampir sejam selepas itu baru aku sedar camera tu tak da..ghaib..masa tu dalam kepala macam2 fikir,,mak,abah sumerla..
aku msg "fi qalbi" gtau..dia msg terkejut..sebenarnya aku nak menghilangkan rasa gementar aku yang membalut seluruh tubuh aku..

dah 3 round aku cari namun pencarian aku sia-sia.. habes kat kaunter kat salesman n salesgirl aku tnya tapi hasilnya sifar....sedih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.jauh di sudut hati..semua perasaan ada..bercampur baur...nak nangis tapi air mata tak kuar tak mau jugak..bila "fi qalbi" call setitik airmata jatuh..ikutkan hati nak jer jerit dan peluk dia nangis tapi lum nikah mana boleh..HARAM(huhuhuhuhu)...

aku tepon mak cter...mak pun cakap takpalah tak da rezeki..first time aku sedih sangat..nasib ada kawan2 yang gila2 jugak wat aku tersenyum sket..thanks ati,kiah dan jai...

sedih dan pilu bila ingat..tapi dah itu takdir hanya 3tahun sahaja hayat aku bersma dengan dia...
kepada yang mengambilnya aku doakan "semoga kali ini kali terakhir dia mengambil barang orang lain..amin.."

itulah pengalaman yang palng menyakitkan aku walaupun camera itu kira lama ..namun tu aku beli hasil duit aku keje masa cuti semester dulu...tak pala..semoga ALLAH melembutkan hatiku untuk redha dan terbuka menerima kehilangan barang itu...AMIN...

untuk "fi qalbi" syukran jazilan..ala ta'auniki...
lega hati bila ada orang yang bagi dorongan untuk lebih SABAR..

~setiap yang ada itu pasti hilang juga..setiap yang elok pasti akan rosak..namun hargailah ketikamana ianya memberi manfaat kepada kita~

menerima hari2 tanpa cameraku.nak beli lagi mungkin tidak,,,mungkin mengambil masa kerana masih "trauma"....